Chamcha cafe

Assalamualaikum..

Sebenarnya ada dua tiga lagi kedai makan yang aku nak review. Tapi, aku post yang ni dulu sebab bahan dia agak lengkap berbanding yang lain. Kepada yang duk tanya, review untuk restoran ala barat saja ka? Jawapan aku, buat masa sekarang ni adalah YA. Tapi takpa, nanti akan muncul juga cerita kedai tepi jalan, gerai makan di mana-mana, kedai makan yang biasa dengan hidangan luar biasa. Huhuhuhu. Lokasi kedai ni mudah sebenarnya. Tepi jalan saja. Kalau hang dari arah Jitra nak pi Kodiang [Jitra-Tunjang-Megat Dewa-Padang Sera-Kodiang] , mesti nampak punya Chamcha Cafe ni. Tepi jalan, terus sikit ja dari lampu isyarat nak ke Napoh tu. Ada simpang, dan di situ la letaknya kedai ni. Takpun gugel maps saja la. Huhuhu..


Chamcha Cafe

JJCM@AdibahSalleh – Chamcha Cafe
Waktu operasi : Khamis-Selasa (Rabu-tutup) 5:00PM-12:00AM [Rujuk FB]
Facebook Page : Chamcha Cafe
Menu dipesan : Makanan – Chicken chop, Spaghetti bolognese, Mushroom soup, Cheezy meatball                     

Minuman – Chocolate, Green tea (ice), Carrot (ice), Green tea (hot)
Chicken chop 8**
Satu perkataan, SEDAP. Ya, memang sedap la. Sos blackpaper pun sedap. Tak pedas sangat. Anak menakan aku yang tak makan pedas pun boleh telan, kira tak pedas la tu. Harga RM10. Dia ada untuk set ekonomi kot yang RM6. Tak order pun yang tu sebab selera orang tua nak lagi lagi besarr punyaa. Huhuhu. Yang pasti, licin pinggan tu. Entah la, sedap macam mana pun tak pasti, tapi sedap la. Atau mungkin aku yang lapar masa tu.. Kahkah!

Spaghetti bolognese 6.5**
Dari segi persembahan hiasan tu, boleh tahan. Rasa? Maaf, aku tak rasa. Yang ni mak aku yang makan. Tengok dia makan tak komen banyak, okay la kot? Boleh macamtu? Hahaha. Ada meatball dua ketui menambahkan lagi selera. Dengan RM8 hang dapat hidangan  ala barat yang macamtu, alhamdulillah.

Mushroom soup 7**
Dengan harga RM4, hang dapat semangkuk sup cendawan ditambah dua ketui roti bakar. Yang penting, panas-panas dihidangkan okay. Betui la, benda buleh saja kalau nak buat dirumah. Tapi, kalau dah buat tak berapa yang nak makan baik kita makan luar. Hahahaha. Belagak hoi.. Yang ni, anak menakan aku yang makan. Anak menakan tu anak kak@abang hang la. Tu pun tak faham. Huhu. Dia cakap sedap. Aku pun tak pasti la. Tapi habis jugak. Betui la kot sedap. Aku tak rasa. Sebab aku dah dapat chicken chop. Kahkah!

Cheezy meatball 7**
Aku taktau la meatball ni sebenarnya macam mana rupa dia. Sebab aku pernah terbaca, ada orang marah sebab dia nak makan meatball bukan bakso. Dan aku tau selalu dihidangkan adalah bebola daging yang frozen tu. Kankannn? Tapi, okay la kot meatball = bebola daging. Walaupun frozen ka homemade ka handmade ka apa made ka, janji HALAL lagi BERSIH ya anak-anak. Harga cheezy meatball RM12. Dihidangkan 10 ketul meatball. Ada mash potato, fries dan sikit hiasan lain. Yang ni aku rasa….. Dengar nama menu macam best sangat. Cheezy bukan main nama dia….. Imaginasi aku ni nampak mozarela, chedar melimpah-limpah ni. Huhuhu.. Hentikan saja imaginasimu. Tapi, rasa dia not bad. Boleh try..

 Chocolate ice 5**
Masalah dia bukan tak sedap hang tau. Bukannn.. Tapi rasa dia sangat coklat, maksudnya koko.. Ada satu dua tempat yang aku pernah order chocolate tapi tak la secoklat sangat rasa dia. Faham dak? Tolong la faham. Dia bukan tak sedap okay, tapi tu la. Huhuhu. Dia tak mencapai tahap keinginan aku. Harga RM3.50, kira okay lagi la. Tapi patut RM3 atau lagi murah kot. Maaf, kihkih.

Green tea ice 6.5**Biasalah, Dibah mau kalau dengan green tea. Teh hijau Thailand ni mana pernah kata tak sedap. Semua sedap. Jadi, aku putuskan untuk biarkan awak semua saja la yang pi cuba rasa sendiri. RM3.50 juga harganya. 

Carrot ice 5.5**
Harga dia RM3. Sebab apa 6 bintang saja? Entah firasat aku, firasat aku mengatakan begitu. Huhuhu. Dari luaran aku tengok macam tak umph!!! sangat la kan. Tahap biasa-biasa saja. Gitu.. Aippp… Dia bukan tak sedap. Sedap……… Cuma tak kena selera. Okay? Dah, dah.. Nak cuba, pi cuba. Takmau, sudah. Hahaha. Senang kan?

Green tea hot 6**
Dia sangat hot~~ Kahkahkah. Dak la. Selalu pi kedai nak teh panas satttt tuuww… Jadi kita pi try tambah green sikit. RM3 sahaja.. Manis tu biasa la kan? Baru ada daya penarik hidup anda. Gituu.. Waktu hujan, sedap la pekena air ni. Minum slow noh, jangan kalut. Rosak deria rasa hang nanti. 

Kebersihan : 9** . Serius, time aku pi tu. Memang bersih. Persekitaran okay. Jangan k.o pulak lepas ni ya. Teruskan usaha begitu!
Untuk pengetahuan semua, dia ada lagi menu yang lagi best. Oblong, burger dan banyak lagi. Disebabkan aku pi time kedai ni baru buka, jadi menu yang tu tak ada lagi. Ya, ya aku tau depa patut siap semua menu kalau dah buka tu. Dah, dah jangan marah. Yang ada pun hang tak larat nak telan dah. Kalau nak makan menu tu semua. Pi la pukui 8 malam ka 9 malam ka. Aku takleh lewat, abah marah satgi. Hang apa tau.. Tau nak balik lewat ja…… Huhuhu
Tak lupa, sekalung bunga terima kasih aku sarungkan kepada yang berkenaan kerana belanja tak kira makan dimana kalau keluar bersama. Terima kasih dari adikmu yang kedekut. Kahkah! Dan, TQ utk kegigihan mak ajak keluar menyambut hari tua ku. Terasa diriku begitu dihargai. Muah, hahaha!

SUMBER: ADIBAHSALLEH10.BLOGSPOT.COM

===========================


Mencari homestay di sekitar Jitra? Sila hubungi nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

This image has an empty alt attribute; its file name is GAMBAR-MNY.jpg

MNY HOMESTAY JITRA
0142419098
wasap.my/60142419098
WEBSITE
www.mnyhomestayjitra.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY JITRA

Homestay Jitra, Homestay Kolam, Homestay murah di Jitra, Jitra Homestay, Pool Homestay, Homestay Kolam renang Jitra, Homestay UUM, Homestay Changlun, Homestay Polimas, Homestay Tasik Darulaman, Bukit Kayu Hitam, Thailan, Makan sedap di Kedah, Kedai Makan Viral di Kedah, Tempat makan best di Kedah, Makan murah di Kedah, Tempat makan di Kedah, Home2stay, Hom2stay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>