Mee Udang Kuala Kuaq,Kedah.

Baru-baru ini aku Carving giler nak makan Mee Udang tempat Fav aku Ofcoz lah dekat Kuala Sepetang.. Nak Pergi?? fuhh jauh wehh dulu dekat lah juga rasa time aku duduk ipoh. Now macam dah lama tak merasa Mee Udang yang sedap.
Lepas itu, terus teringat Pasal Mee Udang Kuala Kuaq..kalau   ikutkan ejaan betul kuala Kuar…biasalah orang kedah sebut KOLA KUAQ..hihihi Aku bgtau Mr.Husband ajak cari sebab katanya dekat ajer area Gunung keriang. First time cari tak jumpa pun kahkahkah silap jalan rupanya tapi time tu memang dah Ontheway Ke Alor Setar So, pikir takpe lah Next time cari lain… (kecewa)

Kali ini Alhamdulillah jumpa juga…itu pun main ikut firasat hati jalan nak ke situ memang aku tak pernah masuk even selalu jer lalu jalan besar tu..sebab aku memang selalu ulang alik ke rumah Mentua di Alor setar. Rupanya masuk ke dalam. Nasib baik ada juga Banner/sepanduk kecik dekat jalan nak masuk tu..aku bagi petua sikit kalau korang nak pergi situ dari Alor setar korang akan lalui satu jambatan kecik selepas Kuala Sungai lebih kurang 50 M jer simpang ke Gunung keriang korang belok siap2 sebelah kiri. Kalau dari perlis korang akan jumpa dahulu simpang ke Gunung keriang nanti bg jer signal belok kanan lalui ikut tepi jambatan tu..jalan ka,pung kecik jer…straight menghala ke laut. Jauh?? tak lah lebih kurang 5km macam itu jer hihi (anggaran aku) dari simpang jalan besar.

APA YANG MENARIK DI MEE UDANG KUALA KUAR?
Fisrt bagi aku yang menarik Mee Udang lah RASA SEDAP..cukup rasa,
Kedua dia guna tu  UDANG FRESH..manis jer 
Ketiga HARGA murah ! satu pinggan RM5 ( ada 3 ekor udang ) RM10 Special (ada lebih dr 5 ekor )
So, aku bagi 5 Bintanglah kat kedai nih hehe. Next WAJIB REpeat walaupun Kedainya bukan taraf Restoran…tapi aku suka suasana dekat situ. Sesuai jer untuk lepak-lepak ambik angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa sambil tengok SUNSET…YES! cantik tau…Matahari Terbenam sebelah situ…

SO APA LAGI!!!SELAMAT MENCUBA hihihi

SUMBER: PERMATABIRU.COM

==============================


Mencari homestay di sekitar Jitra? Sila hubungi nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

This image has an empty alt attribute; its file name is GAMBAR-MNY.jpg

MNY HOMESTAY JITRA
0142419098
wasap.my/60142419098
WEBSITE
www.mnyhomestayjitra.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY JITRA


Homestay Jitra. Homestay Kolam. Homestay murah di Jitra. Jitra Homestay. Pool Homestay. Homestay Kolam renang Jitra. Homestay UUM. Homestay Changlun. Homestay Polimas. Homestay Tasik Darulaman. Bukit Kayu Hitam. Thailand. Makan sedap di Kedah. Kedai makan Viral di Kedah. Tempat makan best di Kedah. Makan murah di Kedah. Tempat makan di Kedah. Home2stay. Hom2stay.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>