Hutan Lipur Puncak Janing Tempat Menarik di Padang Terap Kedah

Hutan Lipur Puncak Janing

Assalamualaikum. Bandar Kuala Nerang merupakan bandar terbesar di Padang Terap Kedah. Terdapat beberapa tempat menarik yang boleh dikungjungi di Padang Terap. Antaranya ialah Hutan Lipur Puncak Janing. Ianya merupakan  tempat menarik

WOW! HUTAN LIPUR PUNCAK JANING KAYA DENGAN FLORA DAN FAUNA

Hutan Lipur Puncak Janing ni terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin. Ianya terletak lebih kurang 50km dari Alor Setar melalui jalan dari Jitra ke Kuala Nerang. Ianya kaya dengan flora dan fauna dan mempunyai air terjun dan sungai yang mengalir sepanjang kawasan rekreasi tersebut.

Sungai Janing sepanjang 1.5 km mempunyai keunikan batu batannya yang sesuai untuk bermandi manda, berkelah dan berehat. Keunikan kawasan ini diserikan dengan 4 peringkat air terjun yang menarik dengan batu-batan yang terhampar serta kehijauan alam sekitar dari pohon-pohon semulajadi.

Anda boleh bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan di sini. Admin yakin tempat seperti ini sangat nyaman kerana dihiasi dengan keindahan flora dan fauna. Anda pasti dapat lari daripada kesibukan kota dan berehat dengan tenang di sini. Admin  kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat :  06300 Kuala Nerang, Kedah.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Hutan Lipur Puncak Janing

Aktiviti Sesuai

Aktiviti yang boleh dijalankan termasuklah mandi-manda, berkelah, bersiar-siar, mendaki gunung, berkhemah dan jungle tracking.

Kemudahan Disediakan

Antara kemudahan yang disediakan ialah dewan, surau dan padang. Ada jugak denai hutan yang menghubungkan hutan lipur ni dengan hutan lipur Bukit Wang.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Hutan Lipur Puncak Janing

Jom Lihat Review Pengunjung di Hutan Lipur Puncak Janing

Amazing waterfalls, good place for family picnic. Mohd Tarmizi Musa.

Beautiful nature reserve with cascading waterfall. However, the facilities need to be repaired and upgraded. Sansit Low.

Awesome place to be view. Cevaraj Photography and Production.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada wanajee.blogspot.my dan kedforestry0.tripod.com kerana berkongsi maklumat yang sangat menarik. Datang santai dan berkelah ke sini bersama keluarga. Anda pasti akan berpuas hati. 

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Hutan Lipur Puncak Janing, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

SUMBER: TEMPATMENARIK.MY

=========================


Mencari homestay di sekitar Jitra? Sila hubungi nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

MNY HOMESTAY JITRA
0142419098
wasap.my/60142419098
WEBSITE
www.mnyhomestayjitra.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY JITRA

Homestay Jitra. Homestay Kolam. Homestay murah di Jitra. Jitra Homestay. Pool Homestay. Homestay Kolam renang Jitra. Homestay UUM. Homestay Changlun. Homestay Polimas. Homestay Tasik Darulaman. Home2stay. Hom2stay. Bukit Kayu Hitam. Thailand. Tempat menarik Jitra. Jitra. Destinasi. Tempat menarik di Kedah. Tempat best di Kedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>