Lunch Di Restoran Wadi Sinai,Jitra Kedah

Assalamualaikum
LUNCH DI RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH | Hi! walaupun hujung hujung tahun ni ramai yang habiskan cuti tahunan tapi harini kita masih bekerja huhu. semalam cuti, saja minta cuti sebab nak keluar dengan geng – jadinya hari keluar bersama geng no diet diet hahaha lemak yang turun 0.5KG tu, naik balik 2KG omaigaddddd.

RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH
kitaorang keluar tengahari macam tu sebab nak lunch sekali kan, dalam kereta duk bincang lagi mana nak makan last last pilihlah RESTORAN WADI SINAI ni, yang sha baru jumpa pagi hari kejadian hahaha saja saja la search kat FB restoran area Jitra sebab kitaorang nak jalan jalan situ je. sekali jumpa restoran ni, ada nasi arab pulak tu! sebenarnya tak pernah dengar pun pasal restoran ni, ni first time githewww. tempat pun taktau kat mana so kitaorang google map lah!

RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH
restoran ni bukak 12.30tghari , kitaorang sampai 12.45tghari macam tu ada la beberapa orang abang abang TUDM tengah makan hahaha, jap abang abang TUDM memang handsome handsome kan? kahkahkah walaupun kedai dia macam kosong tapi i like! takdak la rasa huru hara sangat nak makan hahaha sbab mula mula nak ke tok keramat, lunch kat tok keramat boleh bayang dah sibuk dia macam mana. kitaorang pilih meja yang boleh duduk bersila, ala ala macam makan kat rumah

MENU DI RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH

MENU DI RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH

MENU DI RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH

MENU DI RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH

MENU DI RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH

MENU DI RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH
sama sama kitaorang duduk bersila je terus pekerja dia datang bagi buku menu ni, kitaorang pun pilih la apa yang nak dimakan.kitaorang order Nasi Mandy Ayam untuk 4 pax & 1 Jag Teh o Ais. sebenarnya sha nak kambing, tapi geng tak makan kambing hahaha rugi betul dorang ni, tapi sayangnya kambing takde~~~ sedikit sedih tapi takpelahhh nanti gi makan lagi hahaha. lepas pekerja tu ambik order, sha cakap jap eh nak tengok dulu buku menu haahahaha padahal nak ambik gambar :p

NASI MANDY AYAM DI RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH
selepas beberapa ketika, air kitaorang sampai haha tapi lupa pulak nak ambik gambar. pastu nasi pulak sampai, sebab tu suka datang restoran tak ramai orang, servis laju wehhhh! kitaorang pun apa lagi, mulakan misi lah! kepada yang tak selesa makan dalam talam tu, jangan risau memang akan disediakan pinggan tapi kalau memang nak makan dalam talam tu bgtau jelah taknak pinggan haha

CLOSEUP NASI MANDY AYAM

TENGOK LAHAI ANAK ANAK DARA MAKAN CEMANA
REVIEW : sambil tulis entry ni pun masih terliur maknanya sedap la kan? nasi mandy ni memang cukup rasa cuma sesekali kawan kawan tergigit lada hitam haha, sup dia pulak macam sup biasa kiranya oklah buat kuah, oh ya, sup dia sup kambing tau :p yang timun tu (taktau nama apa) sedap! habis weh hahaha &&& sambal tu tak pedas sangat, tak pedas langsung la hahaha tapi taktau la memang tercipta tak pedas ke apa, tapi kalau orang jenis makan pedas mesti keciwa. pekerja pun okay, restoran pun bersih je. insyaAllah nanti repeat! sha bagi 4.9/5bintang!
LOKASI  RESTORAN WADI SINAI, JITRA KEDAH

Alamat : Kampung Paya Dudur, 06000 Jitra, Kedah

Phone : 013-300 2234

FB : RESTORAN WADI SINAI

SUMBER: SHFYQHAZHR.COM

==============================


Mencari homestay di sekitar Jitra? Sila hubungi nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

This image has an empty alt attribute; its file name is GAMBAR-MNY.jpg

MNY HOMESTAY JITRA
0142419098
wasap.my/60142419098
WEBSITE
www.mnyhomestayjitra.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY JITRA


Homestay Jitra. Homestay Kolam. Homestay murah di Jitra. Jitra Homestay. Pool Homestay. Homestay Kolam renang Jitra. Homestay UUM. Homestay Changlun. Homestay Polimas. Homestay Tasik Darulaman. Bukit Kayu Hitam. Thailand. Makan sedap di Kedah. Kedai makan Viral di Kedah. Tempat makan best di Kedah. Makan murah di Kedah. Tempat makan di Kedah. Home2stay. Hom2stay.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>