Restoren Redhza, Bukit Kayu Hitam

Berkesempatan berbuka kat restoren Redhza Bukit Kayu Hitam hari tu.
Restoren ni kira popularlah area sini, menyajikan masakan Thai. Terletak dekat masjid Bukit Kayu Hitam dan tempat driver-driver treler lepak lepas masuk/keluar dari Danok.
Jika nak kesana, sampai simpang empat balai bomba tu (sblm UPP checkpoint) amik kiri. Terus je, jumpa masjid dan lepas tu jumpa simpang belok kiri.
Sebelum ni aku selalu jugak makan kat sini, siakap stim sedap, tom yam pun syok. Tapi ini dah agak lama tak singgah, teringin jugak bulan posa ni nak berbuka sini.

Menu yang order simple je, sebab bersederhana katakan..jadi makan ala kadar je okeh.
Menu yang di order adalah:
– Nasi putih
– Tom Yam Campur
– Som Tam mangga
– Siakap 3 rasa
– Kailan Ikan masin
– Telur bungkus
– Jeli Kelapa
– Jus tembikai

ini restorennya..dalam deretan rumah kedai yg agak usang
dalam restoren

daging bakar, pulut durian (Rm8 satu set) dan manisan pantai timur pun ada

Som tam mangga bolehlah…
siakap tiga rasa..kecik ikannya dan rasanya biasa je
kailan ikan masin paling sedap antara semua
jeli kelapa memang sedap..Rm10 satu..boleh share
..dah licin

Bagi aku, makanan kat sini dah kurang sedap berbanding dulu. Harga untuk 4 set hidang (satu hidang dlm 4 org mkn) adalah Rm450. Mahal tak?? Siakap tiga rasa kurang rasa dan kecik ikannya serta tom yam mengecewakan. Tapi bolehlah..rezeki jugak.

Jika nak tempah call nombor restorennya- 04-922 1592/ 016 4506419

SUMBER: AZALENIA.BLOGSPOT.COM

===============================


Mencari homestay di sekitar Jitra? Sila hubungi nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

This image has an empty alt attribute; its file name is GAMBAR-MNY.jpg

MNY HOMESTAY JITRA
0142419098
wasap.my/60142419098
WEBSITE
www.mnyhomestayjitra.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY JITRA

Homestay Jitra. Homestay Kolam. Homestay murah di Jitra. Jitra Homestay. Pool Homestay. Homestay Kolam renang Jitra. Homestay UUM. Homestay Changlun. Homestay Polimas. Homestay Tasik Darulaman. Bukit Kayu Hitam. Thailand. Makan sedap di Kedah. Kedai makan Viral di Kedah. Tempat makan best di Kedah. Makan murah di Kedah. Tempat makan di Kedah. Home2stay. Hom2stay.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>