Aktiviti riadah di Tasik Darulaman

Selalu lepak tasik kami anak beranak jer. Tapi balik kampung masa cuti raya haji baru ni dapat luang masa bersantai kat Tasik Darulaman beramai-ramai.

20160919_211123

Sejak kawin rasanya ni 1st time aku ke sana. Banyak jugak aktiviti yang boleh dibuat kat situ. Meriah giler! Kitorang sampai situ dalam pukul 5 petang, tak ramai sangat masa tu. Start pukul 6 baru penuh dengan manusia.Sebab kitorang sampai awal, nak pilih port melepak pun takde masalah.

20160919_211156
20160919_211327
20160919_211314
20160919_210931
20160919_210940
20160919_211251
20160919_210919

Sebelum datang sini aku dah aim nak naik paddle boat yang kayuh dalam tasik tu. Tapi tengok orang beratur ramai la pulak. So, cancel naik paddle boat, kitorang naik kereta buggy golf pusing keliling tasik. Terkejut aku tengok harga buggy car tu, murah giler! Sebiji kereta tu hanya RM17 dan boleh naik sehingga 6 orang. Masa diberikan 30 minit. Sempat la nak singgah tepi tasik ambik angin atau bergambar sebab kalau jalan terus jer 1 pusingan tasik tu baru 15 minit.Selain buggy car, ade banyak lagi aktiviti lain yang boleh dibuat kat Tasik Darulaman ni dan paling penting harga aktiviti kat sini tak mencekik darah. Korang tengok sendiri list harga dan aktiviti dalam gambar atas tu.Buggy car ni kena bawak sendiri tau. Itu yang best tu. Ikutkan dia kata muat 6 orang jer tapi abang jaga tu kata selagi muat naik jer kalau ramai bebudak. Itu yang kitorang naik ramai tu.

Nak main giant bubble pun ada sewa kat situ. Murah jugak. Yang basikal tu pulak hanya RM5 jer sorang. Boleh kayuh keliling tasik. Berpeluh tiak jugak la nak kayuh keliling tasik tu sebab besar. Anggaran aku mungkin dalam 3km kot untuk 1 pusingan tasik.

20160919_211304

Tapi ada jugak yang kurang best kat Tasik Darulaman ni. Dia punya food court macam tak terjaga. Kotor dan banyak meja kerusi yang dah rosak. Jualan pun tak banyak. Pihak pengurusan kena ambik perhatian part food court situ, sayang la sebab tempat dah best tapi food court pulak mengecewakan…
Apa pun kitorang memang enjoy dapat luang masa macam ni dengan family. Kitorang hari tu datang 3 biji kereta. Abah, adik, kakak-kakak aku dengan anak-anak sedara aku semua ada kecuali mak jer tak nak ikut. Mak sebok nak pegi mancing sawah kat kampung. Next time nak paksa jugak mak ikut. Hehehe…

SUMBER: LANCARENO.COM

==============================


Mencari homestay di sekitar Jitra? Sila hubungi nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

MNY HOMESTAY JITRA
0142419098
wasap.my/60142419098
WEBSITE
www.mnyhomestayjitra.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY JITRA

Homestay Jitra. Homestay Kolam. Homestay murah di Jitra. Jitra Homestay. Pool Homestay. Homestay Kolam renang Jitra. Homestay UUM. Homestay Changlun. Homestay Polimas. Homestay Tasik Darulaman. Home2stay. Hom2stay. Bukit Kayu Hitam. Thailand. Tempat menarik Jitra. Jitra. Destinasi. Tempat menarik di Kedah. Tempat best di Kedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>