BIG tas’TEA, Arau | Big Cup, Western Food dan Drive-Thru Pertama di Perlis!

Big Cup, Western Food, Ice Blended, Drive-Thru di Arau | Dah alang-alang kat Perlis, food trip memang kena ada walaupun bulan puasa. Jadinya Sally berkesempatan untuk merasai sendiri menu yang ada di BIG tas’TEA, Arau.

BIG tas’TEA merupakan satu rangkaian francais dan mostly ada di bahagian utara Malaysia seperti Kelantan, Sungai Petani, Ipoh, Penang dan semestinya di Arau, Perlis. Awalnya BIG tas’TEA hanya menyediakan khidmat untuk minuman-minuman yang viral, tapi ditambahbaik dengan pelbagai jenis menu yang sedap dan harga berpatutan!

Vanilla Caramel & Oreo (Ice-Blended)

BIG tas’TEA terkenal dengan menu minuman yang sedap…antaranya ice blended, sweet fruit juice (Godzilla Cup..super big oiii), coffee and tea dengan pelbagai jenis topping. Sally suka dengan semua minuman yang dorang ada sebabnya portion dia tak kedekut dan yang semestinya sedap dan kena la dengan selera Sally.

Milk Tea Brown Sugar | Mango Popping Straw

My Zinger (RM4.80)

Yang ini most recommended la…Sally suka betul dengan kepingan ayam dia yang dia buat jadi patty untuk burger ni..mungkin perapan dan tepung goreng dia yang sedap..hahahaha…Sally pulak memang suka makan burger tak kisah lah burger apa pun.

Korang boleh jugak cuba ayam goreng dia, sumpah la sedap. Hahaha. Sampai lupa nak ambil gambar. Tak rugi la cuba, kalau hulur 5-6 ketul pun Sally akan terima dengan hari yang gumbira!

Meatball Pizza | Beef Pepperoni Superb

In terms of pizza, Sally bukanlah tak suka tapi mungkin sebab dia gunakan crust yang dah sedia ada, jadinya roti dia agak kering, keras dan tebal. As for my pizza, biasanya Sally suka New York like-style crust, sebab lebih nipis dan tak terlalu rasa macam makan roti. Overall topping, sedap.

Full Platter (RM12.80)

So, kalau korang macam nak makan something yang berat..Boleh la cuba makan Full Platter dia..Dalam setiap pinggan ni ada telur, ayam, daging dan sosej jumbo dan semestinya dengan sos daripada resipi mereka sendiri.

Rugi pulak tak rasa Chicken Rice Chop dia.

Mushroom Soup & Garlic Bread

Hawaii Coconut (RM3.80)

Kalau korang suka makan aiskrim kelapa, yang ni memang tak boleh nak lepaskan untuk cuba. Rasa kelapa dia, dengan jelly dan kacang tanah tu, fuhhh…satu cup pun boleh habis dengan tak semena-mena..Hahahaha…

DRIVE-THRU PERTAMA DI ARAU, PERLIS!!

Dah macam McD, KFC atau restoran fast food pulak tapi yang ni special sikit sebab kedai makan tempatan. Tak dinafikan mungkin tidak la sepantas fast-food restaurant yang lain tapi inovasi daripada anak tempatan yang menjadi bualan rakyat Perlis terutamanya, memang patut kita puji la.

Kalau rasa macam malas nak turun nak order tapi teringin nak makan, berhenti je kereta kat sisi jalan dan order! Terbaik kan?

BIG tas’TEA (Cawangan Arau, Perlis)
Bumbung Lima, Batas Liku, 02600, Arau.
Phone : 012-945 5433
Facebook : Big tas’tea Arau

SUMBER: SALLYSAMSAIMAN.COM

=========================


Mencari homestay di sekitar Jitra? Sila hubungi nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

MNY HOMESTAY JITRA
0142419098
wasap.my/60142419098
WEBSITE
www.mnyhomestayjitra.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY JITRA

Homestay Jitra. Homestay Kolam. Homestay murah di Jitra. Jitra Homestay. Pool Homestay. Homestay Kolam renang Jitra. Homestay UUM. Homestay Changlun. Homestay Polimas. Homestay Tasik Darulaman. Home2stay. Hom2stay. Bukit Kayu Hitam. Thailand. Makan sedap di Kedah. Kedai Makan Viral di Kedah. Tempat makan best di Kedah. Makan murah di Kedah. Tempat makan di Kedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>