Bukit Mokcun View terbaik jelapang Padi Kedah.

Bukit Mokcun aka Bukit Kodiang (sebutan tempatan Kokdiang) ini berada di mukim Kodiang, Nama asalnya Bukit Hantu yang suatu masa lalu sepi dari pendaki kini ghamai pula mai keghabat. Bukit  Mokcun menjanjikan satu panorama Jelapang padi Negeri Kedah. Semenjak drama bersiri Mokcun, seorang usahawan wanita di Kodiang popular dikalangan penonton tv. Bukit ini dapat pula jolokan Bukit Mokcun. Ingat Kodiang ingat Mokcun.

Berkunjung ke Kedah negeri Jelapang Padi andai tiada foto dengan sawah padi umpama tak sah. Berfoto dari sudut atas bawa sedikit kelainan dan istimewa berbanding foto ditengah sawah.
Tinggi ka bukit ni? 
Semua orang boleh mendaki ka?
Payah ka?
Tinggi tak la tara mana bak kata oghang sini. 30 minit mendaki bagi insan yang fit. 10 minit laluan denai hutan dengan cerun yang curam 75 darjah. Tak fit boleh buat mendongak aja. Baki pendakian kena panjat batu 90 darjah. Panjat batu ni bagus guna peralatan mendaki. Boleh berhubung dengan operator setempat. Tali, helmet & harness serta khidmat crew ada disediakan.
Naik pagi tengahari dah boleh ada dibawah semula.

Boleh ka mendaki tanpa peralatan mendaki. Boleh juga tapi buat yang mahir dan hati kental. Amat tidak digalakkan.

Masa bila boleh dapat view cantik
Cantik ni subjek sikit.
Yang suka hijau waktu ni (pertengahan Dis 2017 padi belum menguning). Tak lama lagi menguning, lepas tu orang dah mula mengerat/menuai, hah waktu ni akan ada 2 versi satu padi menguning satu petak2 yang dah dikerat.
Bila tengah membajak, nampak warna tanah dan selut. Pilih la waktu yang anda suka. Nak tau musim apa kena rajin berhubung dengan orang tempatan.

Banyak ka view point? Naik separuh ada view tak.
Nak nampak menarik kenalah mendaki (orang tempatan sebut keghabat) sampai atas puncak / pinacle. Ada juga view point yang ditengah-tengah tapi tak berapa popular dan menyimpang sedikit dari trek.

Tak jumpa pun ‘Bukit Mokcun’ dalam google map.
Bukit Kodiang pun tak da. Hah guna Bukit Hantu. pasti anda dapat petunjuk arah terus ke Kampung Kandis. Jangan lupa maklumkan pendakian dengan orang kampung. Anda akan dilayan dengan baik. Dapat parking dilaman rumah. Ni koordinat parking 6.382457, 100.315126.



SUMBER: GERBANGGUNUNG.BLOGSPOT.COM

===========================


Mencari homestay di sekitar Jitra? Sila hubungi nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

MNY HOMESTAY JITRA
0142419098
wasap.my/60142419098
WEBSITE
www.mnyhomestayjitra.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY JITRA

Homestay Jitra. Homestay Kolam. Homestay murah di Jitra. Jitra Homestay. Pool Homestay. Homestay Kolam renang Jitra. Homestay UUM. Homestay Changlun. Homestay Polimas. Homestay Tasik Darulaman. Bukit Kayu Hitam. Thailand. Tempat menarik Jitra. Jitra. Destinasi. Tempat menarik di Kedah. Tempat best di Kedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>