Ladang Nipah Kipli, Sanglang, Perlis

Kalau singgah ke negeri Perlis jangan lupa singgah di Ladang Nipah Kipli. Kepada pengunjung dari luar negeri Perlis mungkin tak perasan sebab kat luar cuma ada sign board je. Kalau tengok dari jalanraya memang tak akan terfikir pun dalam ladang nipah ni ada kedai makan.

Tempat Pelancongan Menarik Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Sanglang, Ladang Nipah Kipli, Qiya, Saad

Lokasinya terletak di Sanglang, Perlis. Kepada yang suka mencari kelainan dan ingin merehatkan minda di Ladang Nipah Kipli ni teramatlah sesuai sekali dijadikan sebagai destinasi untuk berehat seketika sambil menghirup udara segar disini.

Tempat Pelancongan Menarik Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Sanglang, Ladang Nipah Kipli, Qiya, Saad

Ladang Nipah Kipli ni beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin bermula jam 1 Tengahari sehingga jam 7.30 malam manakala hari Jumaat pula operasi kedai ni bermula jam 2.30 Petang.

Tempat Pelancongan Menarik Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Sanglang, Ladang Nipah Kipli, Qiya, Saad
Tempat Pelancongan Menarik Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Sanglang, Ladang Nipah Kipli, Qiya, Saad

Antara menu popular disini selain air nira nipah dan cuka nipah tak lain tak bukan adalah ABC, cendol, Laicikang, Mee Sup dan sebagainya. Harganya pun sangat murah, boleh tengok gambar kat bawah ni.

Tempat Pelancongan Menarik Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Sanglang, Ladang Nipah Kipli, Qiya, Saad

Antara kebaikan nira nipah dan cuka nipah adalah seperti di bawah ni.Khasiat nira nipah1. Mencuci buah pinggang.2. Memecahkan batu karang.3. Menyejukkan badan.4. Membantu merawat demam.5. Membantu mengurangkan batuk sederhana.

Tempat Pelancongan Menarik Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Sanglang, Ladang Nipah Kipli, Qiya, Saad


Khasiat cuka nipah
1. Mengubati kencing manis.2. Memecahkan batu karang.3. Menurunkan tekanan darah tinggi.
 Selain itu banyak lagi khasiat cuka nipah ni, boleh rujuk gambar kat atas tu.

Tempat Pelancongan Menarik Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Sanglang, Ladang Nipah Kipli, Qiya, Saad

Ni ABC memang banyak sangat sampai termenung nak habiskan. Harganya pula RM3.00 je. Dan gambar kat bawah ni plak mihun sup harganya cuma RM5.00 je. Murah kan? Kat kampung biasa la memang macam ni. Tak terasa sangat keluar duit berbeza duduk kat bandar tu..

Tempat Pelancongan Menarik Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Sanglang, Ladang Nipah Kipli, Qiya, Saad

Kat bawah ni plak gambar suasana dalam Ladang Nipah Kipli. Rasa tenang sangat-sangat kalau hari-hari dapat duduk dalam suasana macam ni sambil hirup udara yang bebas dari pencemaran karbon dioksida dari asap kenderaan dan sebagainya tu.

Tempat Pelancongan Menarik Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Sanglang, Ladang Nipah Kipli, Qiya, Saad

Kepada sesiapa yang tak tahu, pokok nipah ni semua bahagian ada fungsinya kecuali akar. Mungkin la..saya pun tak tahu fungsi akarnya, kalau ada yang tahu kegunaan akar pokok nipah ni sila kongsi kan dengan saya ye. 

Tempat Pelancongan Menarik Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Sanglang, Ladang Nipah Kipli, Qiya, Saad

Biasanya daun nipah akan dijadikan atap rumah pada zaman dulu. Dalam batangnya pula terkandung air nira yang mempunyai pelbagai khasiat. Dan buahnya pula kebiasaannya akan dijadikan jelly. 

Tempat Pelancongan Menarik Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Sanglang, Ladang Nipah Kipli, Qiya, Saad

Kat bawah ni plak biasa la..kalau tak selfie memang satu kerugian yang besar..macam tu sekali kan..dasyat betul..hehe..sampai kawan-kawan pun naik segan..tapi peduli apa..lantakkan..sebab bagi saya single picture will describe thousand words..

Tempat Pelancongan Menarik Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Sanglang, Ladang Nipah Kipli, Qiya, Saad
Tempat Pelancongan Menarik Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Sanglang, Ladang Nipah Kipli, Qiya, Saad

Ok la, sampai sini saja untuk entry ni. Kalau nak tau lagi kat mana tempat menarik di negeri Perlis boleh cari kat label bawah ni..

SUMBER: QIYASAAD.COM

==========================


Mencari homestay di sekitar Jitra? Sila hubungi nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

MNY HOMESTAY JITRA
0142419098
wasap.my/60142419098
WEBSITE
www.mnyhomestayjitra.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY JITRA

Homestay Jitra. Homestay Kolam. Homestay murah di Jitra. Jitra Homestay. Pool Homestay. Homestay Kolam renang Jitra. Homestay UUM. Homestay Changlun. Homestay Polimas. Homestay Tasik Darulaman. Home2stay. Hom2stay. Bukit Kayu Hitam. Thailand. Makan sedap di Kedah. Kedai Makan Viral di Kedah. Tempat makan best di Kedah. Makan murah di Kedah. Tempat makan di Kedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>