Makan malam yang sedap di Api-Api Ikan Bakar, Kuala Perlis


Api-Api Ikan Bakar, Kuala Perlis

Kalau nak makan yang sedap-sedap di Perlis ni, tempatnya semestinya la di Kuala Perlis. Makanan laut, ikan bakar, memang terbaik la. Biasanya makan yang macam ni adalah makan malam. Salah satu tempat yang menarik dah sedap untuk korang cuba adalah restoran Api-Api Ikan Bakar (seperti gambar sebelah). Makanan laut yang segar korang kena pilih sendiri. Lepas tu bagitau je nak masak apa. Ada banyak pilihan tinggal siap duit je nak bayar..hahahaha… Restoran Api-Api Ikan Bakar ni bersebelahan dengan sungai yang digunakan nelayan sebagai jeti nelayan. Sambil makan, sambil layan keindahan sungai dan bot-bot nelayan yang parking di sepanjang sungai tersebut. Parking kereta takda masalah sangat aku rasa…sebab kalau tak cukup parking depan restoran Api-Api Ikan Bakar, ada disediakan parking tambahan diseberang jalan.Kat situ, parking agak luas la sikit….tapi kena hati-hati nak melintas jalan, walaupun kereta tak banyak sangat, tapi kawasan tu kawasan selekoh yang kita mungkin tak perasan ada kereta yang lalu.


Restoran Api-Api Ikan Bakar yang bersebelahan dengan sungai


boleh lihat bot-bot nelayan yang parking dalam sungai

Pilihan menu aku untuk makan malam ni, takde la mewah sangat..maklum la bajet tak berapa nak mengizinkan…hihihi…kalau bajet korang lebih, boleh la nak makan besar. Asalnya aku nak pilih ikan siakap, tapi kebanyakan yang ada besar-besar sangat la pulak..bajet pun kena besar la jugak kan…Last-last ambil ikan bawal je..kui kui kui…so ikan bawal aku request buat bakar…menu lain adalah tom yam, terung bakar, kuah kari, ulam-ulaman dan tak lupa jugak feveret aku sotong goreng tepung…

Ikan Bawal bakar
Tomyam
Sotong goreng tepung
Terung bakar
ulam-ulaman
Kuah kari

Bagi yang ingin mencuba untuk makan malam di Api-Api Ikan Bakar ni, aku sediakan gps koordinat untuk korang dan juga google map. Tak tak biasa datang dan pertama kali, memang wajib guna gps sebab Api-Api Ikan Bakar ni agak ke dalam sikit tempatnya…

SUMBER: SEDAPNYA-MAKANBLOGSPOT.COM

========================


Mencari homestay di sekitar Jitra? Sila hubungi nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

MNY HOMESTAY JITRA
0142419098
wasap.my/60142419098
WEBSITE
www.mnyhomestayjitra.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY JITRA

Homestay Jitra. Homestay Kolam. Homestay murah di Jitra. Jitra Homestay. Pool Homestay. Homestay Kolam renang Jitra. Homestay UUM. Homestay Changlun. Homestay Polimas. Homestay Tasik Darulaman. Home2stay. Hom2stay. Bukit Kayu Hitam. Thailand. Makan sedap di Kedah. Kedai Makan Viral di Kedah. Tempat makan best di Kedah. Makan murah di Kedah. Tempat makan di Kedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>